Thursday 15 March 2012

selendang merah dan bengkong hitam

( Selendang Merah ) - Berbentuk Lam alif atau hak Khilaf, Adalah Pakaian Utama Panglima Perang dan dipakai semasa Darurat sahaja, tidak boleh sewenangnya dipakai, pantang dibawa ketempat Maksiat dan tempat kotor, ia mempunyai qosam dan wifik amalan perang yang diberi khasiat oleh Allah taala sebagai pelindung diri dan keluarga juga masyarakat amnya, ibarat sebuah payung ghaib yang dapat menangkis sebarang bentuk senjata musuh dgn izin Allah pula akan di bantu tentera tentera Allah dilangit yang tujuh mewakili selendang itu turun kebumi dan menjelma atau tidak menjelma seramai yang kita tidak terfikir banyaknya, hanya Allah yang tahu. Semua akan berlaku dengan izin Allah semata mata, adalah tidak mustahil bagi allah melindungi sesiapa yang dizalimi oleh musuh-musuh islam. ( Bengkong Hitam ) - Berbentuk bengkung dan diikat dipinggang, dgn kain berwarna hitam menggambarkan ia adalah merbahaya sekali. Bengkong Hitam di amanahkan allah seorang Panglima utk menjaga qosamnya yaitu Panglima Hitam yang amat garang dan ganas sekali, hanya dipakai semasa hendak menentang musuh sahaja, mendatangkan keberanian secara tiba dan menyerang musuh dengan kekuatan berpuluh kali ganda manusia, istilah "Amuk " amat sesuai bgnya, ia diamanahkan allah muakil bawah bumi yg tujuh untuk menjaganya, bilangannya amat ramai dan tidak diketahui,hanya Allah yang tahu. Tetapi harus diingat bahawa kedua-dua pakaian perang ini harus menjalani suluk terlebih dahulu untuk menguji bahagian dalaman yaitu hati dan jiwa.Bukan mudah utk memilikinya, ia mengandungi amalan Harian yang perlu dilakukan setiap hari sebagai pakaian diri.

Friday 25 November 2011

Sejarah Pertubuhan Seni Silat Selendang Merah Ibu Pertiwi


Asal silat ni dari kuala muda kedah darul aman, yang bawak da tok "E" @ tokjohari.... nama asal silat kedah yang telah ditukar kepada selendang merah cz masa tok "E" lawan jepun angan dia berdarah n pegang kain putih yang di ikat kat kepala semua warna merah..... itu pun dapat gelaran campion melaya masa 2 lawan ngan big bos yang paling otai mai turun mintak lawan ngan da... tok"E" ckit pun x gentar cz dalam ati ada tuhan bukan bunga no n nak memedekakan tanah air kita.... tapi sy kurang pasti la pingat n sijil 2 ada mana sekarang ni tapi yang pasti sijil 2 tersimpan kat jam besar sungai petani masa 2 cz salah 1 baranagan tinggalan sejarah alah kat jalan besar jalan nak g alor setar 2.... silat ni telah di daFtarkan pada 1985 masa 2 baru lahir huhuhuhu..... 2 pun wan yahya bin wan cik @ dikenali paksu ya sekitar sungai petani sekarang ni... masa nak kembangkan silat ni paksu ya tanya tok e dulu.... da kata ok.. tapi jangan jual nama da dah n tok "E" x mau libatkan diri bak kata nak bawa haluan seniri..... huhuhuhu.... silat ni masih mengekalkan permainan asli yang mana telah mengharumkan nama malaysia di mata dunia iaitu juara dunia kita Mohamad Bin Zainal (Abang Mat Perlis)& Maruan (Paklong Maruan) sy sempat tepur kosong n senjata serta teknik betempur( Teruk gak la kena belasah ketika latihan nak sampai tahap ni bak kata pepatah lari x jejak tanah) belajar ngan diowang bila buat pesembahan 2 ada la makcik2 yang menjerit lari , nak telan pulut x masuk, budak2 nangis bertempiaran lari cz takut tengok... dengan permainan yang asli serta x dipertokok tambahkan wahal ada yang ciplak pulak buah permaian silat ni... contoh buah tanduk, tangkapa,senjata tukar tangan macam jurus tunggal... lepas 2 tenaga pengajar pula memiliki kepakaran masing2 cz bila turun ja gelangang lain lain pulak ilmu yang dapat, kaedah mengajar 2 lain n berkesan.. kaedah serangan kuncian mudah x pening2 nak belit sana belit sini iaitu buah makan balik(buah sepuluh)... silat ni mandi minyak x da tapi mandi wajib ada la huhuhu.... upacara x da ga.. tapi kenduri doa selamat ada la..... emm pepun kita yang belajar serta punya akal n fikiran boleh bezakan yang mana ilmu boleh dimanafatkan cz zaman sekarang banyak yang mementingkan warna talipinggang n pangkat wahal x seberapa...Bak kata pujangga orang yang hebat ilmu nya bukan pada ketangkasan @ kekayaan teknik tetapi akalnya yang menilai mana bagus n baik unuk menelesaikan sesuatu masalah dengan tenang...SILAT(S<sabar>,I<iklas>,L<lurus @ benar>,A<amana>,T<tawakal>)... dunia ini hebat cabarannya samaad kita diatas @ dibawah bergantung pada diri kita yang bijak menilai....huhuhuhuhu.......belajar lah mengenali sejarah asal n keturunan disitu punca serta kunci panduan cz kisah2 pada orang lama2..... MEMARTABATKAN WARISAN SEJAGAT, WARISAN BANGSA, HIDUP SELENDANG MERAH........<Tok eTAm PERLIS> nak belajar tepon orang kuat kita di perlis Abang Mat (0125586055), sg. petani Paksu ya"yang dipertua pertubuhan" (0194628124), tikam batu A.lie (0195488400) kalau kat area kl tanya a.mat cz pasangang da ngajar area sana(Pak long maruan)

Friday 18 November 2011

pantun dari tok guru....

'Selendang Merah nama diberi,
Pencak dibuka berbunga tari,
Biar terbujur jasad di bumi,
Warisan bangsa tetap didukungi.'