Thursday 15 March 2012

selendang merah dan bengkong hitam

( Selendang Merah ) - Berbentuk Lam alif atau hak Khilaf, Adalah Pakaian Utama Panglima Perang dan dipakai semasa Darurat sahaja, tidak boleh sewenangnya dipakai, pantang dibawa ketempat Maksiat dan tempat kotor, ia mempunyai qosam dan wifik amalan perang yang diberi khasiat oleh Allah taala sebagai pelindung diri dan keluarga juga masyarakat amnya, ibarat sebuah payung ghaib yang dapat menangkis sebarang bentuk senjata musuh dgn izin Allah pula akan di bantu tentera tentera Allah dilangit yang tujuh mewakili selendang itu turun kebumi dan menjelma atau tidak menjelma seramai yang kita tidak terfikir banyaknya, hanya Allah yang tahu. Semua akan berlaku dengan izin Allah semata mata, adalah tidak mustahil bagi allah melindungi sesiapa yang dizalimi oleh musuh-musuh islam. ( Bengkong Hitam ) - Berbentuk bengkung dan diikat dipinggang, dgn kain berwarna hitam menggambarkan ia adalah merbahaya sekali. Bengkong Hitam di amanahkan allah seorang Panglima utk menjaga qosamnya yaitu Panglima Hitam yang amat garang dan ganas sekali, hanya dipakai semasa hendak menentang musuh sahaja, mendatangkan keberanian secara tiba dan menyerang musuh dengan kekuatan berpuluh kali ganda manusia, istilah "Amuk " amat sesuai bgnya, ia diamanahkan allah muakil bawah bumi yg tujuh untuk menjaganya, bilangannya amat ramai dan tidak diketahui,hanya Allah yang tahu. Tetapi harus diingat bahawa kedua-dua pakaian perang ini harus menjalani suluk terlebih dahulu untuk menguji bahagian dalaman yaitu hati dan jiwa.Bukan mudah utk memilikinya, ia mengandungi amalan Harian yang perlu dilakukan setiap hari sebagai pakaian diri.

1 comment:

  1. Abah saya pernah bercerita pada saya mengenai silat selendang merah ini. Arwah moyang saya iaitu tokwan abah saya adalah ahli silat ini. abah ada ceritakan yang dulu moyang saya ni yang dikenali sebagai Lebai Saad bin Ishak (tinggal di keladi Kulim) pernah memperturunkan ilmu dan amalan silat ni pada abah saya. Abah saya mengamalkan bacaan zikir dan ilmu yang diperturunkan. Abah bercerita lagi pernah satu masa dahulu ada sekumpulan orang (hampir 10 orang) menyerangnya yang pada ketika itu seorang diri. Anehnya, dia tidak berasa gentar malahan mendapat satu semangat yang luar biasa. Pukulan padu dari musuh bagaikan tidak terasa apa2 dan hanya dengan sekali pukul sahaja musuh dapat ditumbangkan satu persatu. Saya kagum mendengarnya. Tidak dinafikan keluarga sebelah abah saya (Bukan hendak bercakap besar, na'uwubillah) memang merupakan orang yang kuat agama. Seringkali mendapat alamat melalui mimpi mengenai sesuatu perkara yang berlaku dalam keluarga. Dalam ramai-ramai adik-beradik sebelah abah saya, hanya abah saya yang masih mengamalkan ajaran moyang saya. tapi hairannya, saya tak pernah pulak tgk abah saya nie berlatih silat. hehehe...di sini ingin sangat saya nak tahu macamana pendekar selendang merah ini berpakaian pada zaman pertempuran dahulu? adakah sebarang gambar atau ilustrasi mengenainya?

    ReplyDelete